CHENTA-HATI-SAYA

Rabu, 28 Mac 2012

~ MAKAN NASI MINYAK ~

Assalamualaikum....

Nie kisah masa aku dengan rakan-rakanku yang lain pergi makan kenduri kat rumah kak jaz pada 24 March 2012 di Felda Pasoh 2,Jelebu sempena majlis perkahwinan adik perempuan kak jaz..Seronok tidak terkata la sebab dapat makan free..hehehe..time tu aku kije malam,masih sempat lagi keluar berjalan di siang hari tanpa sedar malam tu aku harus bekerja semula...tapi takpe,bukan selalu pon dapat makan free ni..
Kami sampai pon da dekat kul 2 ptg jadi org lain da ramai yang balik...nasib baik lauk masih ade lagi waktu tu..lauk-lauk pon memang sedap..sumenye lauk-lauk kampung kan..memang favourite aku lak tu...tapi kami tak dapat snap gambar dengan pengantin sebab time tu pengantin dah pergi bergambar outdoor..jadi kami pon menggedikkan diri untuk bergambar di atas pelamin pengantin..hahaha..memang tak boleh bla...jadi layan jela gambar-gambar gedik kami nie..hehehe


Walau sibuk si kakak ni masih ada masa nak bergambar lagi




















Macam nak bawak balik je sangkar burung ni


Kami pulang dulu ya...

Ok..Dah puas bergambar sana sini,kami pon mahu berangkat pulang...terima kasih tuan umah kerana menjemput kami semua..Insyaallah lain hari kite berjumpa lagi..maaf jika ade kata-kata dan gurauan yang menyinggung rase..apepon kami  rase sungguh bahagia..ok bye...

Rabu, 21 Mac 2012

~ MASA UNTUK BERGEMBIRA ~

Assalamualaikum....

10 Mac 2012 - Aku dengan family ke Sg.Tekala untuk ber'picnic' sambil meraikan belated besday adik dan anak buah aku serta bakal kak ipar aku skali yang kebetulan hari jadi dieorang jatuh dlm bulan feb & march..jadi kami yang lain celebrate la same-same..Cuaca pada aritu agak kurang best sikit sebab hujan..tapi ok sikit sebab kiteorang gerak awal pagi jadi sampai sane pon awal jadi dapat la kiteorang pilih 'pot' yang baek utk kiteorang celebrate ni..jadi malas nak taip panjang2,korang layan jela gambar kat bawah ni...

Inilah "party" mereka...
                                              

Kesian si hero ni...demam pulak..
Wif my niece...iera

Wif my sista..

Wif my younger sista..
                                                   
Ni nak masuk renang olimpik kew??




Secara keseluruhannya...kami rase hepi sangat2 sebab dapat berkumpul beramai ramai macam nie..Bukan senang nak kumpulkan kami adik beradik ni sebab masing2 ada tanggungjawab dan kerjaya sendiri.Malah nak set kan waktu macam ni pon memerlukan masa yang terlalu lamejuga..apepon mereka sentiase di hati..

Love u..ok bai...

Khamis, 8 Mac 2012

~ SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ~

 

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.
Prannnnngggggg … !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.
“Esok ayah tak boleh makan bersama kita,” Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.
Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.
Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:”Miah… buruk benar layanan anak kita pada abang.”
Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.
“Oh! Ya…” bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.
“Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama,” kata Rina apabila anaknya bertanya.
Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.
“Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni,” kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.
“Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk,” kata Viva.
Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.
“Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?” kata Viva pada ayahnya selepas makan.
Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.


 Moral:
Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita. Ibu bapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti. Jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

---> credit story for :-  Tentang Cinta  (LOVE)

~ KERANA DIRIKU BEGITU BERHARGA ~

Assalamualaikum....

Hari ni 8/3/12 merupakan Hari Wanita Sedunia..Cuaca kat luar pon sepanjang arini mendung je..lagipun aku nite duty so waktu siang banyak masa dihabiskan dengan tido aje..Balik kije pagi tadi dalam keadaan jalan yg masih lembab sebab hujan turun sepanjang mlm tadi..dalam atiku ni da terdetik "syokkkk habis kalo dpt tido time sejuk2 ni..huhuhu.."
Hari ni aku tido lewat sikit..selalu kul 8 pagi da nyenyak da..tapi arini bakal kakak ipar aku a.k.a kak zura nak tumpang lepak umah aku sebab family angkat die ade hal..so aku pon lepas je balik dari kije terus singgah kat gerai makcik jual nasi lemak kat simpang hospital ni nak beli kueh..almaklom lah malam tadi aku kije,jadi tak dan la nak buat kueh pagi2 eh..beli lagi senang..
Sebaik sampai je rumah,hujan da mule turun renyai2..Cat aku Lulu,dari pintu pagar lagi da dengar suara dia mengeow je..mungkin lapar kot..sejuk2 camni memang perot berkeroncong jew..hahaha..tapi Lulu sejak nak membesar ni,memang kuat makan..dah bertambah gumuk badan die..tapi aku suke..nampak comel sangat..
Lepas je bagi lulu aku makan..aku pon siap2 buat air sebab kejap lagi kak zura nak datang umah..sebaik kak zura datang umah,gosip2 sikit ngan die pastu  mata aku da start mengantok sangat da..terlelap dan tak ingat kul bape aku tido da...sedar2 dah dekat kul 3pm..tengok kat luar kak zura da bersiap nak pegi kije da..
Tak lama pastu hubby aku pulang..die suh aku bersiap dan ajak aku pegi makan luar...aikkk ??? baru nak start masak nasi..tapi tak jadi sebab hubby cakap arini tak perlu masak so kite makan kat luar je...hubby aku cakap " arini kan ari wanita so kite celebrate la sikit utk awk"...hehehehe..kelakar wey..tapi best jugak sebab my hubby suh pilih tempat mane nak makan...ermmm aku ni tak reti sangat nak pilih tempat makan yang best2 ni..janji sedap dan perut kenyang da cukup bagoss...
tapi aritu aku teringin nak makan pizza hut..jadi aku pilih la nak mkn pizza je..walaupon biase2 je tapi aku rase amat bermakna sebab bukan selalu dapat kejutan camni(cuti dari memasak..hehehe)..buat hubbyku yang tersayang..time kasih kerana menghargai diriku sebagai seorang wanita...Aku rase terlalu bahagia kerana diriku begitu berharga...wallahwey..so sweet ! =)


 ~ SELAMAT HARI WANITA ~


---> Kepada Wanita-Wanita Seluruh Dunia...Anda Memang Yang Teristimewa =)


Rabu, 7 Mac 2012

~ KU BERMOHON PADAMU ~

Ya Allah...
Jika rezekiku masih di langit..Kau turunkanlah,dan jika didalam bumi..Kau keluarkanlah,jika sukar Kau permudahkanlah...jika haram sucikanlah dan jika jauh,Kau dekatkanlah..Amin Ya Rabbal Alamin...